Thursday 31 October 2013

Juzuk 4



JUZUD KE 4.
AL-IMRAN 92~200
AL-NISA 1~23 
 
AL-IMRAN 92~
92. Kamu tidak akan mendapat (balasan) kebaikan kecuali kamu mendermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan sesuatu apa  yang kamu derma kan itu, Allah mengetahui akan dia.
93. Semua makanan dahulu nya adalah hal bagi bani Israel, kecuali apa-apa yang Israel haramkan (sendiri) atas  diri nya sebelum diturun Taurat. Katakan; “Kalau bagitu, bawalah Taurat dan  bacalah akan dia, jika memang kamu itu orang-orang yang benar”.
94. Oleh sebab itu, barang siapa berdusta atas nama Allah sesudah demikian, maka mereka itu ialah orang-orang yang zalim.
95. katakan lah “Allah telah benar”, lantaran itu, turutlah agama Ibrahim yang lurus dan bukan lah ia seorang daripada kaum musrikin.
96. Sesungguhnya pertama rumah yang didirikan untuk (ibadat) manusia ialah yang di Bakkah (Mekah), sebagai (rumah) yang berkat dan pertunjukan bagi manusia.
97. Disitu ada tanda-tanda yang nyata, (iaitu) tempat berdiri Ibrahim dan barang siapa masuk kedalam nya  amanlah dia, dan kerana Allah, (wajib) atas manusia pergi kerumah itu (yakni) siapa yang berdaya kesana, dan barang siapa kufur, maka sesungguh nya Allah itu terkaya daripada makhluk-makhluk.
98. Tanyalah; “Hai ahli kitab ! mengapakah kamu kufur kepada perintah-perintah Allah, pada  hal Allah melihat apa-apa yang kamu kerjakan?”.
99. Tanyalah; “Hai ahli kitab ! mengapa kamu membalingkan dari jalan Allah akan orang-orang yang telah beriman, dengan maksud hendak menunjukkan bahawa jalan  Alah itu bengkok, pada hal kamu menyaksikan (kebenaran) ?  dan Allah tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan ?”.
100. Hai orang-orang beriman ! kamu taat kepada segolongan dari (kafir-kafir) yang diberi kitab itu, nescaya mereka kembalikan kamu jadi kafir-kafir sesudah kamu beriman.


101. Dan bagaimana kamu akan kufur, pada hal ada dibacakan kepada kamu firman-firman Allah dan ada diantara kamu Rasul nya ? dan barang siapa berpegang dengan Allah, maka sesungguhnya akan dipimpin dia kejalan yang lurus.
102. Hai orang-orang yang beriman ! berbaktilah kepada Allah dengan sebenar-benar keyakinan, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu (sebagai) muslimin.
103. Dan berpeganglah  kamu sekelian dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpisah-pisah, dan ingat lah nikmat Allah atas kamu, tetakala kamu bermusuh-musuhan, lalu ia jinak kan antara hati-hati kamu, lantas dengan nikmat Allah kamu jadi bersaudaraan, pada hal, dahulunya, kamu dipinggiri lubang dari neraka, tetapi ia selamatkan kamu daripada nya, bagitulah Allah terangkan kepada kamu tanda-tanda nya supaya kamu dapat pertunjukan.
104. Dan hendaklah ada dari antara kamu, satu golongan yang mengajak (manusia) kepada bakti, dan menyerah (mereka berbuat) kebaikan, dan melarang (mereka) dari kejahatan, dan mereka itu, ialah orang-orang yang dapat kejayaan.
105. Dan janganlah  kamu jadi seperti mereka  yang telah berpecah belah dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan, dan mereka akan mendapat seksaan yang besar.
106. Dihari yang akan putih beberapa muka dan akan hitam beberapa muka,  ada pun orang-orang yang hitam mukanya (akan dikata); “bukankah kamu telah kufur sesudah kamu beriman ? maka rasalah azab dengan sebab kamu telah kufur”.
107. Dan ada pun orang-orang yang putih mukanya itu, akan berdiam didalam rahmat Allah yang mereka akan kekal padanya.
108. Yang demikian itu ayag-ayat  Allah, kami bacakan dia kepada mu dengan sebenarnya, dan Allah itu tidak maksudkan kezaliman bagi makhluk.
109. Dan kepunyaan Allah lah apa-apa yang ada dilangit-langit dan apa-apa  yang ada dibumi, dan kepada Allah lah akan dikembalikan urusan-urusan.
110. Adalah kamu sebaik-baik umat yang di adakan untuk manusia : kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu melarang dari kejahatan, dan kamu beriman kepada Allah, dan jika ahli kita (semua) beriman, nescaya baik buat mereka (tetapi) sebahagian daripada mereka beriman, dan kebanyakan dari mereka orang-orang yang pasik.

111. Mereka tidak akan  dapat membahayakan kamu kecuali menyakitkan (sedikit) dan jika  mereka memerangi kamu, mereka akan hadapkan belakang-belakang  mereka kepada kamu, dan sesudah itu mereka tidak akan dimenangkan.
112. Dikatakan atas mereka kehinaan dimana sahaja mereka ada, kecuali (kalau mereka berpegang) dengan tali dari Allah dan tali dari manusia, dan panaslah mereka dapat kemurkaan dari Allah dan dikenakan atas mereka kerendahan yang demikian itu, lantaran mereka kufur kepada perintah Allah, dan mereka bunuh nabi-nabi dengan tidak benar, yang demikian itu, lantaran mereka derhaka dan adalah mereka melewati batas.
113. Mereka itu tidak sama, dari antara  ahli kitab itu ada golongan yang lurus yang membaca firman-firman Allah diwaktu-waktu malam, pada hal mereka merendah diri.
114. Mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, dan mereka berlumba-lumba dalam kebaikan, dan mereka itu adalah dari orang-orang yang baik.
115. Dan apa-apa  kebaikan yang mereka kerjakan, tidak dihilangkan pahala nya dari mereka, dan Allah amat mengetahui orang-orang yang berbakti.
116. Sesungguhnya orang-orang yang kufur itu, harta-harta mereka dan anak-anak mereka tidak akan dapat penolak dari mereka sebarang satu (seksa) dari Allah, dan mereka itu adalah ahli neraka yang mereka akan kekal padanya.
117. Bandingan sesuatu yang mereka belanjakan dipenghidupan dunia ini, adalah seperti angin, berserta dingin keras mengenai tanaman-tanaman kaum yang telah menganiayai diri-diri sendiri, lalu angin itu membinasakan dia dan Allah tidak menganiayai mereka, tetapi mereka menganiayai diri-diri mereka sendiri.
118. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu anggap sebagai sahabat karib lain daripada (golongan) kamu, mereka tidak putus-putus  (berikhtiar) menarik kecelakaan atas kamu, mereka suka apa-apa yang menyusahkan kamu, sesungguh nya kebencian telah terbit dari mulut-mulut mereka, tetapi apa yang menyembunyikan oleh hati-hati mereka, ada lebih besar. Kami telah terangkan tanda-tanda kepada kamu, jika kamu (mahu) berfikir.
119. Kamu ini ialah orang-orang yang kasih kepada mereka, pada hal mereka tidak kasih kepada kamu, dan kamu beriman kepada (isi) kitab itu semuanya, pada hal mereka apabila bertemu kamu, (hanyalah) mereka berkata; “kami telah beriman”, tetapi apabila mereka berpisah (dari kamu), mereka mengigit jari lantaran geram bercampur benci kepda kamu. Katakan; “matilah dengan kegeraman kamu yang bercampur kebebncian itu” sesungguh nya Allah amat mengetahui apa-apa yang ada didada-dada.
120. Jika kebaikan mengenai kamu, mereka susah, dan jika bahaya menghinggapi kamu, mereka suka, dan jika kamu sabar dan berbakti, maka tipu daya mereka tidak akan menyusahkan kamu sedikit jua pun,  sesungguhnya Allah mengampun apa-apa yang mereka kerjakan.


121. Dan (ingatlah) tetakala engkau keluar pagi-pagi dari rumah ahlimu, (untuk) menetapkan  bagi mukmin tempat-tempat kedudukan (masing-masing) buat peperangan, dan Allah itu mendengar, mengetahui.
122. (ingatlah) tetakala dua golongan dari kamu hendak jadi lemah,  tetapi Allah jadi pengurus mereka, dan kepada Allah lah hendaklah mukmin berserah diri.
123. Dan sesungguhnya Allah telah tolong kamu d(peperangan) badar, pada hal kamu sedikit, lantaran itu, takutlah kepada Allah supaya kamu (bisa) menerima kasih.
124. (Iaitu lah) tetakala engkau berkata kepada mukmin; “tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Tuhan kamu akan  membantu kamu dengan tiga ribu melaikat yang diturunkan ?”.
125. Bahkan ! jika kamu sabar dan taat walau pun mereka itu datang kepada kamu dengan segera sekarang ini juga, Tuhan kamu akan bantu kamu dengan lima ribu melaikat yang menyerbu.
126. Dan Allah tidak jadikan (yang demikian) itu melainkan sebagai khabar yang mengemarkankan bagi kamu, dan supaya tetap hati-hati kamu, tetapi Allah yang gagah, yang bijaksana.
127. Kerana ia hendak binasakan sebahagian daripada orang-orang yang kufur atau mendukacitakan mereka, supaya mereka kembali dengan hampa.
128. Engkau tidak mempunyai hak sedikit jua pun dari urusan itu, mahu pun Allah beri taubat atas mereka atau pun ia seksa mereka, lantaran mereka itu orang-orang yang zalim.
129. Dan kepunyaan Allah lah apa yang dilangit-langit dan apa yang dibumi, ia akan mengampuni siapa yang ia kehendaki, dan ia akan menyeksa siapa  yang ia kehendaki, dan Allah itu pengampun, penyayang.
130. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu memakan riba berganda-ganda, dan takutlah kepada Allah supaya kamu dapat kejayaan.

131. Dan hendaklah kamu takut kepada neraka yang disediakan untuk kafirin.
132. Dan taatlah kepada Allah dan Rasul itu, supaya kamu diberi rahmat.
133. Dan berlumba-lumba lah kepada keampunan dari Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya (seluas) langit-langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti.
134. Yang menderma diwaktu senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah itu kasih kepada mereka yang berbuat kebajikan.
135. Dan yang, apabila telah berbuat kejelekan atau menganiayai diri-diri sendiri, maka mereka ingat kepada Allah dan mereka minta diampunkan dosa-dosa mereka – dan bukankah tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah ? – dan mereka tidak berkekalan atas (kejelekan) yang mereka kerjakan, dan mereka tahu.
136. Mereka itu balasan nya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, yang mereka akan kekal padanya, dan alangkah baik balasan bagi orang-orang yang bekerja ! .
137. Sesungguhnya telah lalu dahulu dari kamu beberapa contoh-contoh,  lantaran itu hendaklah kamu berjalan-jalan dibumi dan lihat bagaimana akibat  mereka yang mendustakan.
138. (Quran) ini satu penerangan bagi manusia dan satu pimpinan, dan satu nasihat untuk mereka berbakti.
139. Dan janganlah kamu lemah dan jangan lah kamu berdukacita, kerana kamulah orang-orang yang paling tinggi, jika kamu (memang) orang-orang yang beriman.
140. Jika kamu disentuhi luka, maka kaum itu pun disentuhi luka seperti itu, dan hari-hari yang demikian, kami edarkan diantara manusia, dan kerana Allah hendak membuktikan mereka yang beriman dan hendak menjadikan dari antara kamu, penyampai-penyampai, dan Allah tidak kasih kepada orang-orang yang zalim.

141. Kerana Allah hendak  menyaring mereka yang beriman dan hendak menghapuskan kafirin.
142. Apakah kamu sangka, bahawa kamu  akan masuk syurga, pada hal Allah belum buktikan mereka yang bekerja keras dari antara kamu dan belum buktikan mereka yang sabar ?
143. Dan sesungguhnya  kamu pernah harap-harap mati sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya (sekarang) kamu telah ketahui dan kamu sedang melihat.
144. Dan Muhamad itu tidak lain melainkan seorang Rasul yang lalu dahulu daripada nya  beberapa Rasul, Apakah jika ia mati atau terbunuh, kamu akan berpaling atas tumit-tumit kamu ? pada hal barang siapa berpaling atas dua tumitnya,  maka tidak akan ia menyusahkan Allah sedikit jua pun, dan Allah akan balas mereka yang menerima kasih.
145. Dan tidak ada satu pun jiwa akan mati melainkan dengan izin Allah – tulisan yang ditentukan tempoh nya, dan barang siapa mahu ganjaran dunia, kami akan beri kepada  nya daripada (ganjaran dunia) itu,  dan barang siapa mahu ganjaran Akhirat, kami akan beri kepada nya dariapda (ganjaran akhirat) itu,  dan kami akan balas mereka yang bershukur.
146. Dan beberapa  banyak nabi yang telah berperang bersamanya  beberapa banyak pengikut agama Tuhan, tetapi mereka tidak meresa lemah lantaran kena  bahaya dijalan Allah, dan mereka tidak jadi lesu dan mereka tidak mundur, dan Allah itu kasih kepada orang-orang yang sabar.
147. Dan tidak ada ucapan mereka melainkan perkataan;  “hai Tuhan kami ! ampunkan lah dosa-dosa kami dan perlewatan batas kami dalam urusan kami dan tetapkan kaki-kaki kami dan tolonglah kami atas (mengalahkan) kaum kafirin”.
148. Maka Allah beri kepada mereka ganjaran dunia dan ganjaran akhirat yang baik, dan Allah itu kasih kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.
149. Hai orang-orang yang beriman ! jika kamu taat kepada mereka yang karif itu, nescaya mereka paling kamu atas tumit-tumit kamu, maka kamu akan terpaling didalam keadaan rugi.
150. Bahkan  Allah itu pengawal kamu, dan ia sebaik-baik penolong.

151. Kami akan letak kan ketakutan dihati-hati mereka yang kufur, lantaran mereka sekutukan dengan Allah sesuatu yang ia tidak turunkan keterangan untuk nya, dan tempat kembali mereka ialah api (neraka), dan ia itu sejahat-jahat tempat kembali bagi orang-orang yang zalim.
152. Dan sesungguhnya Allah telah tunaikan perjanjian kepada kamu ketika kamu bunuh mereka sungguh-sungguh dengan izin Allah, hingga apabila  kamu jadi lemah dan kamu berbantahan didalam urusan itu dan kamu tidak taat sesudah ia unjukkan kepada kamu apa yang kamu sukai, (iaitu) sebahagian daripada kamu mahu kepada dunia dan sebahagian daripada kamu mahukan akhirat, (maka Allah murka atas kamu) kemudian Allah palingkan kamu daripada (mengalahkan) mereka, untuk memberi percubaan kepada kamu, tetapi sesungguhnya ia telah ampunkan kamu kerana Allah itu mempunyai budi atas mukmin.
153. (Ingatlah) waktu kamu lari dan kamu tidak berpaling kepada  sesiapa pun, pada hal Rasul itu memanggil kamu dari belakang kamu, lalu ia katakan  kepada kamu satu kesusuhan hati dengan sebab  satu kesusahan hati,  supaya kamu tidak berdukacita atas (keuntungan) yang telah luput dari kamu dan tidak (pula atas bahaya) yang telah mengenai kamu, dan Allah itu amat mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
154. Kemudian ia turunkan atas kamu, sesudah kesusahan hati  itu, satu keamanan, (iaitu) ngantuk yang mengenai segolongan daripada kamu, sedang segolongan (lain) sesungguhnya telah pentingkan diri-diri sendiri, mereka menyangka-nyangka terhadap Allah (sangkaan) yang benar, sangkaan jahiliah, (iaitu) mereka berkata; “bukankah kita tidak berkuasa apa-apa ditentang urusan itu?” katakan lah; “sesungguhnya urusan-urusan itu semuanya kepunyaan Allah”.  Mereka sembunyikan dihati-hati mereka apa yang tidak sebutkan kepada mu, (iaitu) mereka berkata (diantara mereka); “kalau kita ada perkiraan diurusan itu, tentu tidak terbunuh (kaum kita) disini” katakanlah; “walaupun kamu tinggal tetap dirumah-rumah kamu, nescaya keluar orang-orang yang telah ditakdirkan akan terbunuh itu ketempat-tempat mati mereka, tetapi Allah hendak menguji apa-apa yang ada didada-dada kamu, dan ia hendak saring apa-apa yang dihati-hati kamu, dan Allah itu amat mengetahui apa-apa yang ada didada-dada”.
155. Sesungguhnya orang-orang yang telah berpaling dari antara kamu pada hari pertemuan dua tentera itu, tidak lain melainkan mereka digelincirkan oleh syaitan dengan sebab sebahagian daripada (kesalahan) yang mereka telah kerjakan, tetapi sesungguhnya Allah telah ampunkan mereka, kerana sesungguhnya Allah itu pengampun, penyabar.
156. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu jadi seperti mereka yang kafir dan berkata tentang saudara-saudara mereka apabila (saudara-saudara) mereka itu berpelarian dibumi atau jadi tentera; “kalau mereka tinggal bersama kita, tentu mereka tidak mati dan tidak terbunuh”. (yang demikian ialah) kerana Allah hendak jadikan yang tersebut itu satu dukacita dihati-hati mereka dan Allah itu menghidupkan dan mematikan, dan Allah amat melihat apa yang kamu kerjakan.
157. Dan sesungguhnya jika kamu terbunuh dijalan Allah atau kamu mati, maka keampunan dari Allah dan rahmat itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan. 
158. Dan sesungguhnya jika kamu mati atau terbunuh, maka kepada Allah lah akan dikumpulkan kamu.
159. Maka dengan rahmat dari Allah lah engkau telah berlaku lembut kepada mereka, kerana jika engkau kasar, keras hati, nescaya mereka berpecah dari sekeliling mu, lantaran itu, ampunkan lah mereka, dan minta kan lah ampun untuk mereka, dan ajaklah mereka bermesyuarat didalam urusan itu, lantas apabila engkau telah taguh hati, maka bertawakallah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu cinta kepada mereka yang bertawakal.
160. Jika Allah mahu menolong kamu, maka tidak ada sesiapa pun yang bisa menghalahkan kamu, dan jika ia mahu mengalah kan kamu, maka siapakah yang akan menolong kamu selain daripada nya ? dan Allah lah hendak nya mukmin berserah diri ! .


161. Dan menipu itu bukan (pekerjaan) seorang Nabi, kerana barang siapa menipu, nescaya ia akan membawa apa yang ia tipu itu dihari kiamat.   Kemudian akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang apa yang  ia telah kerjakan dan mereka tidak akan dianiayai.
162. Apakah orang yang menurut keredaan Allah itu serupa orang yang kembali dengan kemurkaan dari Allah, pada hal tempat kembalinya itu jahanam, sedang ia itu sejahat-jahat tempat kembali ?
163. Mereka itu (terbahagi) beberapa darjat pada sisi Allah, kerana Allah itu melihat apa-apa yang mereka kerjakan.
164. Sesungguhnya Allah telah berbuat budi atas mukmin, kerana ia telah bangkitkan diantara mereka seorang Rasul dari jenis mereka sendiri, yang membaca kepada mereka ayat-ayat nya dan menyisihkan  mereka dan mengajarkan kepada mereka  kitab itu dan kebijaksanaan pada hal sesungguhnya mereka itu, dahulunya adalah didalam kesesatan yang terang.
165. Apakah diwaktu kami kena satu kecelakaan – pada hal kamu tak dapat kemenangan dua kali – itu kamu berkata; “dari mana ini?” katakanlah; “yang demikian itu dari diri-diri kamu sendiri”. Sesungguhnya Allah itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
166. Dan apa yang telah mengenai kamu pada  hari bertemu dua tentera itu, adalah dengan izin Allah, dan kerana Allah hendak buktikan (iman) orang-orang mukmin.
167. Dan ia hendak membuktikan orang-orang yang munafik dan (ketika) dikata kepada mereka; “marilah berperang dijalan Allah, atau bela lah diri-diri kamu”, mereka jawab; “kalau kami tahu berperang, nescaya kami sudah turut kamu (berperang)”. Mereka itu, pada hari yang tersebut, lebih hampir kepada kufur daripada (kehampiran) mereka kepada iman. Mereka berkata dengan mulut-mulut mereka apa yang tidak ada dihati-hati mereka dan Allah itu lebih mengetahui apa-apa yang mereka sembunyikan.
168. (ialah) mereka berkata kepada saudara-saudara mereka sambil mundur; “kalau mereka itu taat kepada kita, tentu tidak mereka terbunuh”.  Katakan lah; “kalau bagitu, tolaklah kematian dari diri-diri kamu jika memang kamu itu orang-orang yang benar”.
169. Dan janganlah engkau sangka orang-orang yang terbunuh dijalan Allah itu mati, bahkan (mereka itu) hidup disisi Tuhan mereka, diberi rezeki.
170. (dalam keadaan) bersukacita dengan apa yang Allah telah untukkan bagi mereka dari kurnianya, dan mereka bergirang hati untuk orang-orang yang dibelakang mereka yang belum berhubung dengan mereka, (iaitu) bahawa tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak akan mereka dukacita.

171. Mereka bergirang hati dengan sebab (mendapat) nikmat dan kurnia dari Allah, dan (dengan sebab) Allah tidak mensia-siakan  ganjaran mukmin.
172. Orang-orang yang memperkenankan ajakan Allah dan Rasul, sesudah mendapat luka besar, adalah bagi yang berbuat kebaikan dari mereka dan berbakti, satu ganjaran yang besar.
173. (ingatlah) mereka yang orang-orang hidupkan perkataan; “sesungguh nya kaum (kuraish)  itu telah kumpulkan(tentera) buat (memerangi) kamu, lantaran itu, hendaklah kamu takut kepada mereka itu”. Maka (perkataan itu) menambah iman mereka dan mereka berkata; “Allah cukup buat kami, dan ia sebaik-baik petunjuk”.
174. Maka kembalilan mereka itu dengan nikmat dan kurnia dari Allah, dalam keadaan tidak mengenai mereka satu pun bahaya lantaran mereka mencari keredaan Allah, kerana Allah itu mempunyai kurnia yang besar.
175. Yang demikian, tidak lain melainkan syaitan hendak menakutk-nakutkan pengikut-pengikut nya, lantaran itu, jangan lah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada ku, jika memang kamu itu orang-orang yang beriman.
176. Dan janganlah menduka cita kan mu orang-orang yang bersyukur kepada kekufuran, kerana mereka itu tidak dapat menyusahkan Allah sedikit jua pun.  Allah hidup membikin mereka tidak dapat bahagian (baik) diakhirat dan adalah bagi mereka azab yang besar.
177. Sesungguhnya orang-orang yang membeli kekufuran dengan (harga) iman itu tidak akan bisa menyusahkan Allah sedikit jua pun, tetapi adalah bagi mereka seksa yang pedih.
178. Dan jangan lah orang-orang kafir itu menyangka, bahawa kami biarkan mereka itu, baik buat diri-diri mereka. Kami tidak biarkan mereka melainkan supaya mereka bertaubat dosa-dosa dan adalah bagi mereka azab yang menghina.
179. Allah tidak akan biarkan mukmin atas keadaaan yang kamu ada padanya, hingga ia bezakan yang jelek dari yang baik dan Allah tidak akan unjukkan kepada kamu perkara azab, tetapi Allah memilih dari Rasul-Rasul nya siapa yang ia kehendaki, lantaran itu, berimanlah kepada Allah dan Rasul-Rasul nya, kerana jika kamu beriman dan kamu berbakti, maka adalah bagi kamu ganjaran yang besar.
180. Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan apa yang Allah telah berikan kepada mereka, dari kurnianya itu, menyangka (bahawa) iaitu baik buat mereka, bahkan iaitu jahat buat mereka. Apa yang mereka bakhil kan itu akan digantungkan dileher-leher mereka  pada hari kiamat, dan bagi Allah lah warisan langit-langit dan bumi, dan Allah itu amat mengetahui apa yang kamu kerjakan.


181. Sesungguhnya Allah mendengar perkataan orang-orang yang berkata; “Allah  miskin dan kami kaya”.  Kami akan tulis apa yang mereka telah katakan, dan (juga) pembunuhan mereka akan nabi-nabi dengan tidak patut, dan kami akan berkata; “rasalah seksa bakaran”.
182. Yang demikian itu lantaran (dosa-dosa) yang telah dilakukan oleh diri-diri kamu, kerana sesungguhnya Allah itu tidak menganyanyai hamba-hamba nya”.
183. Orang-orang  yang berkata; “sesungguhnya Allah telah pesan kepada kami, bahawa tidak boleh kami beriman kepada seorang Rasul kecuali kalau ia bawakan kepada kami satu korban yang dimakan api”.  Katakan; “sesungguhnya telah datang beberapa Rasul dahullu daripada ku dengan beberapa keterangan dan dengan (korban) yang kamu katakan itu, tetapi mengapakah kamu bunuh mereka, jika memang kamu itu orang-orang yang benar ?”.
184. Lantaran itu, jika mereka dustakan mu, maka telah didustakan beberapa Rasul dahulu daripada mu, pada hal mereka telah membawa keterangan-keterangan dan beberapa macam kitab yang menerangi.
185. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati, dan tidak akan disempurnakan balasan kamu melainkan pada hari kiamat. Lantaran itu, barang siapa dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga, maka selamatlah ia, kerana penghidupan yang rendah ini tidak lain melainkan benda menipu.
186. Sesungguhnya kamu akan dikenakan percubaan diharta-harta kamu dan di diri-diri kamu, dan sesungguhnya kamu akan mendengar pencelaan yang banyak dari orang-orang yang diberi kitab dahulu daripada kamu dan dari orang-orang yang menyekutukan Allah, tetapi jika kamu sabar dan kamu berbakti, maka sesungguhnya yang demikian itu sebaik-baik perkara.
187. Dan (ingatlah) tetakala  Allah mengambil perjanjian mereka yang diberi kitab (iaitu) sesungguhnya hendaklah kamu terangkan (kitab) itu kepada manusia dan jangan lah kamu sembunyikan dia. Tetapi mereka buang (perjanjian) itu kebelakang mereka dan mereka tukarkan dia dengan harga yang sedikit, maka alangkah jahat barang yang mereka tukar !.
188. Jangan lah sekali-sekali engkau menyangka orang-orang yang sangat suka dengan apa yang mereka telah lakukan dan suka dipuji atas sesuatu yang mereka tidak kerjakan itu – jangan lah sekali-sekali engkau sangka mereka – akan terlepas daripada seksaan, tetapi  adalah bagi mereka azab yang pedih.
189. Bagi Allah lah kerajaan langit-langit dan bumi, dan Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
190. Sesungguhnya ditentang kejadian langit-langit dan bumi dan perselisihan malam dan siang itu, ada beberapa tanda-tanda bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.

191. Yang mengingat Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan smbil berbaring, dan memikirkan tentang kejadian langit-langit dan bumi (sambil berkata); “Hai Tuhan kami ! engkau tidak jadikan ini (semua) dengan sia-sia ! maha suci engkau ! lantaran itu, pilihara lah kami (daripada) seksaan neraka”.
192. “Hai Tuhan kami ! sesungguhnya siapa-siapa yang engkau masuk kan neraka, sesungguhnya engkau telah celakakan dia, dan tidak ada pembantu-pembantu bagi orang-orang yang mengenai”.
193. “Hai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah  mendengar seorang penyeru yang menyeru kepada iman, (katanya) “bahawa beriman lah kepada Tuhan kamu, maka kami pun telah beriman. Hai Tuhan kami ! lantaran itu, ampunkan lah dosa-dosa kami dan hilangkan lah kejahatan-kejahatan kami dan terimalah kami digolongan orang-orang yang berbakti”.
194. “Hai Tuhan kami ! dan berilah kepada kami apa yang engkau telah janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-Rasul mu, dan janganlah engkau hinakan kami dihari kiamat, kerana sesugguhnya engkau tidak akan memungkiri perjanjian.
195. Maka Tuhan mereka telah perkenankan (seruan) mereka; “bahawa se nya  aku tidak akan sia-siakan amalan orang yang beramal dari antara kamu, dari laki-laki atau perempuan, (kerana) sebahagian daripada kamu, (jadi) dari sebahagian tetapi orang-orang yang berhijrah, dan dikeluarkan dari negeri-negeri nya, dan disakiti dijalanku, dan berperang, dan terbunuh itu, sesungguhnya aku akan hilangkan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya aku akan masukkan mereka disyurga-syurga yang mengalir padanya  sungai-sungai, sebagai ganjaran dari Allah, kerana Allah itu, disisi nya ada ganjaran yang baik.
196. Janganlah engkau ditipu olah kebebasan mereka yang kafir di negeri-negeri  nya.
197. (iaitu) kesenangan yang sediikit, kemudiantempat kembali mereka itu dijahanam, dan alangkah jelek tempat ketetapan (itu) !.
198. Tetapi mereka yang berbakti kepada Tuhan mereka, adalah bagi mereka syurga yang padanya mengalir sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya. Satu pemberian dari sisi Allah, kerana sesuatu yang disisi Allah itu lebih baik buat mereka yang berbakti.
199. Dan sesungguhnya sebahagian daripada ahli kitab ada yang beriman kepada Allah  dan (kepada) apa yang telah diturunkan kepada kamu dan apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka merendah diri kepada Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit. Adalah bagi mereka ganjaran yang disisi Tuhan mereka kerana sesungguhnya Allah itu pengira yang cepat.
200. Hai orang-orang yang beriman ! sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah, dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu dapat kejayaan.


{4}   
An-Nisa (Perempuan-perempuan)
Dengan nama Allah, Pemurah, Panyayang.

1. Hai manusia ! berbaktilah kepada Tuhan kamu yang telah jadikan kamu daripada satu diri, dan ia jadikan daripada nya jodoh nya dan ia bangkitkan daripada  mereka berdua, laki-laki yang banyak dan perempuan-perempuan, dan takutlah kepada Allah yang kamu berminta-mintan dengan  (nama)Nya, dan (piliharalah) keluarga, kerana sesungguhnya Allah itu pengawas atas kamu.
2. Dan berikan lah kepada anak-anak yatim itu harta-harta mereka, dan janganlah kamu menukar sesuatu yang jelek dengan yang baik, dan janganlah kamu makankan harta-harta  mereka keharta-harta kamu, kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah dosa yang besar.
3. Dan jika kamu takut, bahawa kamu tidak akan bisa berlaku adil tentang (perkhawinan kamu dengan) anak-anak yatim, maka khawinlah beberapa perempuan yang kamu sukai : dua-dua, dan tiga-tiga, dan empat-empat, tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan bisa berlaku  adil (pula), maka (khawinlah) seorang sahaja, atau hamba-hamba yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan kamu, yang demikian itu, lebih hampir buat kamu terhindar dari berlaku anyanya.
4. Dan berilah kepada  perempuan-perempuan itu  mas khawin-mas khawin mereka  sebagai satu pemberian wajib, tetapi jika mereka berikan kepada kamu sebahagian daripadanya, dengan reda hati mereka, bolehlah kamu makan dia dengan senang sentosa.
5. Dan janganlah kamu berikan kepada mereka yang tidak beres fikiran itu, harta-harta kamu yang Allah telah jadikan  pokok penghidupan bagi kamu, tetapi berilah mereka makan padanya, dan berilah mereka pakaian, dan katakan lah kepada mereka perkataan yang baik.
6. Dan hendaklah kamu periksa anak-anak yatim, apabila mereka sampai (umur buat) khawin, maka kalau kamu nampak kecerdikan pada mereka, hendaklah kamu serahkan kepada mereka harta-harta mereka, dan janganlah kamu makan dengan boros dan dengan cepat sebelum mereka besar, dan barang siapa kaya, hendaklah ia berjauh diri, dan barang siapa miskin, boleh lah ia makan dengan patut.  Maka  apabila kamu serahkan harta mereka kepada mereka, hendaklah kamu adakan saksi atas mereka, dan Allah itu cukup sebagai pengira.
7. Laki-laki dapat bahagian dari apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa dan keluarga yang hampir, dan perempuan-perempuan  dapat bahagian dari apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa dan keluarga yang hampir, dari (peningalan) yang sedikit atau yang banyak, (iaitu) satu bahagian yang sudah ditentukan.
8. Dan apabila keluarga yang hampir dan anak-anak yatim dan orang-orang yang miskin hadir waktu pembahagian (harta), maka hendaklah kamu beri kepada mereka dari (harta) peninggalan itu dan katakan lah kepada mereka perkataan yang baik.
9. Dan hendaklah berhati-hati orang-orang yang jika meninggal kan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, mereka  akan khuatir kecelakaan atas mereka.  Lantaran itu, hendaklah mereka takut kepada Allah dan hendaklah mereka berkata perkataan yang betul.
10. Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim dengan anyanya itu, tidak lain melainkan menelan api keperut-perut mereka, dan mereka akan masuk diapi yang bernyala-nyala.

11. Allah wajibkan kamu ditentang anak-anak kamu, buat seorang (anak) laki-laki (adalah)seperti bahagian dua anak perempuan, tetapi jika mereka itu (anak-anak) perempuan lebih dari dua, maka (adalah) bagi mereka dua pertiga dari apa yang ditinggalkan (oleh si mati), dan jika hanya seorang (anak) perempuan, maka adalah baginya separuh, dan  adalah bagi dua ibu bapa itu tiap-tiap seorang dari mereka se perenam dari apa yang ditinggalkan oleh si mati, jika ada baginya anak. Tetapi jika tidak ada baginya anak, sedang yang jadi waris nya itu (hanya) dua ibu bapanya, maka buat ibunya se pertiga, lantas jika ada baginya saudara-saudara, maka buat ibunya itu se per enam, sesudah wasiat yang ia wasiatkan, dan (sesudah) hutang bapa kamu dan anak-anak kamu, tidak kamu mengetahui siapa dari mereka yang lebih menafaat bagi kamu. (yang demikian) sebagai satu ketetapan dari Allah, kerana sesungguhnya Allah itu pengetahui, bijaksana.
12. Dan kamu dapat separuh dari yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu, jika mereka tidak mempunyai anak, tetapi jika mereka ada mempunyai anak, maka kamu dapat se perempat dari yang mereka tinggalkan, sesudah (selesaikan) wasiat yang mereka wasiatkan atau hutang, dan isteri-isteri itu dapat se perempat dari yang diitnggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi jika kamu ada mempunyai anak, maka mereka dapat se perlapan dari yang kamu tinggalkan sesudah (diselesaikan) wasiat yang kamu wasiatkan atau hutang, dan jika adalah seorang laki-laki  atau perempuan yang diwarisi itu tidak mempunyai ibu bapa dan anak, tetapi ada mempunyai saudara laki-laki atau saudara perempuan, maka tiap-tiap seorang daripada nya dapat se perenam.  Tetapi jika mereka lebih dari itu, maka mereka bersekutu pada se petiga itu, sesudah (diselesaikan) wasiat yang diwasiatkan atau hutang, pada hal (wasiat itu) tidak menyusahkan (ahli  waris),  -- sebagai satu ketetapan dari Allah, kerana Allah itu pengetahui, penyabar.
13. Yang demikian itu batas-batas Allah,dan barang siapa taat kepada Allah dan Rasul nya, nescaya  ia masukkan dia disyurga yang mengalir pada nya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya, dan yang demikian itu satu kejayaan yang besar.
14. Dan barang siapa durhaka kepada Allah dan  Rasul nya dan melewati batas-batas nya, nescaya ia masukkan di neraka, hal keadaan dia kekal padanya, dan adalah bagi nya azab yang menghina.
15. Dan perempuan-perempuan yang mengerjakan pasah dari antara perempuan-perempuan kamu, hendaklah kamu adakan empat saksi dari antara kamu atas mereka. Kalau mereka sudah menyaksikan, maka hendaklah kamu tahu mereka dalam rumah-rumah hingga datang kematian kepada mereka, atau (hingga) Allah adakan satu jalan buat mereka.
16. Dan dua orang dari antara kamu yang mengerjakan (kejelekan) itu, hendaklah kamu sakiti, tetapi jika mereka bertaubat dan memperbaiki, maka hendaklah kamu berpaling dari mereka, kerana sesungguhnya Allah itu adalah penerima taubat, penyayang.
17. Tidak ada taubat (yang wajib) atas Allah (menerimanya) melainkan dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan dengan kebodohan, kemudian mereka bertaubat dengan lekas, maka  mereka itu akan diberi ampun oleh Allah atasnya, kerana Allah itu pengetahui, bijaksana.
18. Dan taubat itu bukan buat orang-orang yang mengerjakan kejahatan-kejahatan, hingga apabila hadir maut kepada salah seorang dari mereka, (baharu) ia berkata; “sesungguhnya aku taubat sekarang” dan tidak pula buat oang-oang yang mati pada hal mereka kafir, mereka itu kami telah sediakan baginya seksaan yang pedih.
19. Hai orang-orang yang beriman tidak halal kamu jadi ahli waris perempuan (kamu) dengan paksa, dan jangan kamu berlaku keras atas mereka lantaran hendak mendapat sebahagian daripada yang kamu berikan kepada mereka, kecuali mereka melakukan perbuatan jelak yang nyata, dan bergaul lah kepada mereka dengan cara yang baik, kerana sekiranya kamu tidak suka kepada mereka, mudah-mudahan sesuatu  yang  kamu  tidak suka itu, Allah jadikan padanya kebaikan yang banyak.
20. Dan jika kamu mahu menukar seorang isteri ditempat seorang isteri, pada hal kamu telah beri kepada salah seorang daripada mereka beberapa banyak harta, maka janganlah kamu ambil daripada nya, walau pun sedikit. Apakah (patut) kamu mahu ambil (pemberian) itu dengan cara yang mengkaitkan dan dosa yang terang ?


21.  Dan bagaimana (bisa sampai hati)  kamu ambil (perempuan) itu, pada hal telah bersatu sebahagian kepada kamu kepada sebahagian, serta mereka (yang jadi isteri-isteri kamu) itu telah mengambil perjanjian yang kuat dari kamu !.
22. Dan jangan lah kamu berkhawin kepada perempuan-perempuan yang telah dikhawini olah bapa-bapa kamu, kecuali apa yang telah lalu, kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah satu kejelekan dan satu kermurkaan dan satu jalan yang jahat.
23, Diharamkan atas kamu (bernikah dengan) ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perampuan kamu, dan bapa-bapa kamu punya saudara perempuan, dan ibu-ibu kamu punya saudara-saudara peremuan, dan saudara laki-laki (kamu) punya anak perempuan, dan saudara-saudara perempuan (kamu) punya anak-anak perempuan, dan saudara-saudara perempuan yang sesusu, dan isteri-isteri kamu punya ibu-ibu,  dan anak-anak tiri yang dipangkuan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri, tetapi sekiranya  kamu tidak campuri mereka, maka tidak ada halangan atas kamu, dan anak-anak lelaki kamu sendiri punya isteri-isteri, dan (diharamkan)  bahawa kamu memadukan dua saudara, kecuali apa yang telah lalu, kerana sesungguhnya Allah itu adalah pengampun, penyayang.


1 comment: